Sunday, September 26, 2004

Assalamualaikum warahmatullah..

Alhamdulillah..baru balik dari makan tengahari tadi..minggu ni stay kat campus..tak balik rumah.. actually reserve time ni utk FYP.. tp dah blur2 dah.. insyaAllah nnt baru sambung balik.. sbb lecturer bagitau the most ideal case utk fyp ni.. sem 2 dah siap working model.. basically the most important thing utk FYP kiter mesti siap dlm sem 2 ni.. walaupun that's not always the case, but again, that's the ideal case.. jd insyaAllah camner pun nak cube gak dptkan yg ideal case ni.. dpt ke tak.. wallahualam.. yg penting usaha dulu kan..pastu berdoalah kat Allah.

..actually berusaha dan berdoa kat Allah ni bukan dalam sesetengah perkara je..sepatutnyer kehidupan seorang mukmin ni setiap dari perlakuan dia boleh dikira ibadah, seandai betul niat dan tujuannya dlm sesuatu yg di lakukan itu..

"Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir. Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah, dan apabila ia mendapat kebaikan ia amat kikir, kecuali orang-orang yang mengerjakan shalat, yang mereka itu tetap mengerjakan shalatnya,.." (Al-Ma'arij, 70: 19-23)

"...dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir". (Yusuf, 12:87)

Cam takder aper yg nak ditulis sgt dah.. just nak remindkan saye n sahabat² yg bace blog ni.. bacalah Kitab Suci Al-Qur'an dengan terjemahannya setiap hari..kurang² sehari dlm 9/10 ayat..mungkin first2 nak mula memang agak susah..konfirm byk alasan akan keluar dari kepala kita..most of them takder mase nak bace (andai takder mase, dari korang bace blog ni baik lagi baca Kitab Suci Al-Qur'an), takut tersalah bace berdosa, itu dan ini.. tp cuba kita fikirkan..kiter ni orang Islam.. andai bukan Al-Qur'an yg menjadi petunjuk dan panduan hidup kita..apa lg yg jadi tujuan dan panduan hidup kita? Bukankah Kitab Suci Al-Qur'an itu di turunkan sebagai petunjuk? ...and one more thing, bila insyaAllah kiter dah mula bace Al-Qur'an setiap hari.. insyaAllah akan terase nikmatnya..sometimes (n insyaAllah makin lamer makin selalu) sampai rase tak nak stop bace..lebih2 lagi kalau kiter faham ape yg kiter bace. Cuba kiter jadikan Kitab Suci Al-Qur'an ni teman sejati kiter..biler terase keseorangan, bacalah Al-Qur'an.. n bila hati resah, gelisah, sedih atau kecewa..eloklah tunaikan solat sunat..bawa hati kita bertemu dengan penciptanya..jinak²kanlah hati kita untuk mengenali Allah..n adukanlah segala²nya kepada pencipta kita Yang Maha Mendengar, Maha Pengasih dan Maha Penyayang.. insyaAllah confirm, hati akan menjadi tenang-setenang-tenangnya...kalau tak percaya cubelah amalkan dulu :)

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo'a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran." (Al-Baqarah, 2: 186)

..insyaAllah, sumer ni utk peringatan kiter sumer, especially diri sayer sendiri...

insyaAllah jumpe lagi..wassalam warahmatullah


Saturday, September 11, 2004

Kuliah cinta…

Just nak flashback… teringat kembali antara topik² perbincangan sayer dan mun… dlm 4 malam lepas… since dah ramai member² balik rumah utk bercuti…member sorang ni bermalam kat bilik sayer… sebelum tido ngan main game… kitorang berborak² sat… antaranya isu couple… antara yg diborakkan… isu “boyfriend dan girlfriend” atau “couple” yang seolah-olah telah menjadi kebiasaan dalam masyarakat… lebih tepat… seperti satu keperluan… tak perlu utk diberi lebih penjelasan... tgk keliling dah cukup…

Cuma apa yang hendak di sampaikan…sejarah cinta ni bermula kat syurga…jd usahlah akibat nafsu… fitrah yang sepatutnyer indah ni dicemari…sebelum nak bercinta ni… clearkan dulu matlamat… adakah matlamat kite nak bercinta ni selari ngan Islam…? Kalo soalan pertama dah clear… yang kedua… statement yg biase didengar... diamalkan wallahulam… matlamat tidak menghalalkan cara… setakat lafaz sayang sajer tidak menghalalkan aper²… setakat dah mendapat pengiktirafan ibubapa… juga tidak membawa aper²…selagi hak² Allah dlm bab hubungan ini tak ditunaikan… yang seolah-olah menjadi tradisi… walaupun belum bergelar suami isteri… asalkan parents tau… sumer clear… nak diingatkan… halal dan haram ni bukan terletak kat tangan mak ayah kiter… walaupun kita wajib menurut perintah parents kiter… namun yg bertentangan dengan Islam… wajib juga ditolak… kiter sumer dah cukup tua… dah mampu berfikir secara rasional dan matang… usahlah diberi alasan yang kite masih muda… seperti lagu Ada Apa Dengan Cinta…. “Kita masih muda dalam mencari keputusan…” kalo dah tau tak cukup umur... ader hati gak nak jage anak orang tu…hahaha…

Aper² pun... peringatan kat atas tu utk sesaper yg masih terbukak hatinyer… actually setiap peringatan yg kiter beri kat orang lain…adalah khusus untuk diri kiter gak… mungkin sayer mampu bercakap seperti ini... sbb sayer sendiri belum diuji… kerana firman Allah…”tidak samer orang yang diuji dengan orang yg tidak diuji”… namun lihatlah kepada apa yg dicakap, bukannya siape yang bercakap...one more thing…soalan yg biase sayer mintak sesaper yg dah bercouple tanyer pasangan diorang…”Bisakah cinta bersemi, mengundang restu Ilahi…?” ehehe…

Btw kalo ader di antara korang yg fikir sesaper yg tak bercouple ngan berdating ni jumud…rujuk balik sejarah… sebenarnyer korang nilah yang orthodox…sbb amalan bercouple ngan berdating ni dah ader sejak zaman Rome lagi…

Lastly…yang baik datangnyer dari Allah, yang buruk tu dari kelemahan diri sayer sendiri…tinggalkanlah dosa² silam kiter…kiter sumer tak lari dari buat dosa…namun pintu taubat Allah sentiase terbuka… semoga insyaAllah, kiter sumer sentiase memperoleh hidayah petunjuk dariNya, ameen….. ok… assalamualaikum warahmatullah

[taken from my old blog at http://imin.blogdrive.com ;original posting date at 14:58, 13 April 2004]

Friday, September 03, 2004

Assalamualaikum warahmatullah

Court frees Anwar! Sep 2, 04 9:01am
In a 2-1 decision, the country’s highest court today set former deputy prime minister Anwar Ibrahim free after quashing his sodomy conviction. Also freed was his adopted brother Sukma Darmawan Sasmitaat Madja who had been convicted of the same offence. www.malaysiakini.com

Alhamdulillah. Allahuakbar. Hanya tu yg dpt sayer ucapkan sewaktu mendengar berita ttg pembebasan Saudara Anwar Ibrahim, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia semalam. Sampai hari ni macam tak percaya lagi, seolah-olah satu mimpi. Mimpi yg tak mungkin dapat dimimpikan melainkan tidak kerana rahmat dari Allah Yang Maha Berkuasa dan Maha Penyayang. First time sayer terdengar ttg berita tu, terkejut tak terkata. Cuma dpt melafazkan kalimah Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Betapa bersyukurnya kepada Allah; pembebasan bekas Timbalan Perdana Menteri itu merupakan satu kemenangan yang amat berharga kepada sistem keadilan di Malaysia.

Sayer rase tak perlu sayer huraikan lagi ttg pembebasan Saudara Anwar Ibrahim, seorang bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, seorang suami dan seorang ayah itu. Jika rakyat Malaysia merasakan amat gembira di atas pembebasan beliau, apatah lagi anak dan isterinya. Jika penyokong-penyokongnya mengalirkan air mata kegembiraan, tentu tidak terucap kegembiraan anak isterinya di atas keputusan semalam setelah hampir 6 tahun ayah/suami mereka dirampas dari hidup mereka.

Hari ni masih tidak terucap lagi betapa gembira dan bersyukurnya di atas keputusan mahkamah semalam. Masih terasa seperti satu mimpi. Betapa beruntungnya sahabat² seperjuangan yang bersama² menunggu di mahkamah semalam. Gambar² media menunjukkan ramai dari mereka yang berpeluk-pelukan dan menangis keharuan dengan keputusan semalam. Laungan Allahuakbar dan selawat kepada Baginda Muhammad s.a.w. merupakan tanda bersyukur kepada Pencipta Yang Maha Agung yang menjanjikan kemenangan kepada mereka yang berjuang di JalanNya. Saham yg melonjak naik juga merupakan petanda yang insyaAllah, satu perubahan yang baik untuk Malaysia.

Sayer sebagai seorang rakyat Malaysia biasa sebelum ini juga telah putus asa dari sebarang keputusan mahkamah; masih teringat lagi sehari sebelum semalam, sewaktu diberitahu yg keesokannya adalah peluang terakhir untuk Saudara Anwar Ibrahim di dalam proses kehakiman, sayer hanya mampu berdoa agar Allah memberikan yg terbaik untuk beliau dunia dan akhirat. Semoga beliau tabah dengan ujian dari Allah; setiap ujian dari Allah adalah merupakan tanda sayang Allah kepada hambaNya.


Sayer terus melakukan sujud syukur dan solat sunat syukur di atas rahmat dari Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang setelah mendengar berita semalam. Alhamdulillah. Keputusan semalam itu adalah sesuatu yang amat mengejutkan, bukan kerana mempercayai yang saudara Anwar terlibat dengan tuduhan yang dilemparkan, tetapi amat terkejut apabila mahkamah membuat keputusan yang menyebelahi anwar, yang di mana kebanyakan rakyat Malaysia telah hilang kepercayaan terhadap sistem perundangan di Malaysia sebelum ini. Dalam bahasa yg mudah, Anyone who are able to think would never find Anwar Ibrahim quilty as previously convicted.

Tahniah kepada mereka² yg terus bersama menempuh ranjau yang berduri bersama saudara Anwar Ibrahim; tahniah kepada keluarga beliau yang tabah menghadapi segala ujian daripada Tuhan; tahniah kepada rakyat Malaysia yang terus berdoa utk Malaysia yang lebih baik; tahniah kepada pejuang² Islam yang tetap di atas landasan kebenaran yang mengharapkan kemenangan hanya daripada Allah Taa'la. Tahniah. Tahniah. Tahniah. Alhamdulillah.

Marilah kita semua berdoa semoga insyaAllah, saudara Anwar Ibrahim selamat menjalankan pemeriksaan kesihatannya di Jerman dan semoga Malaysia menjadi tempat yang lebih baik. Anggaplah ini semua sebagai rahmat dari Tuhan Yang Maha Pemurah dan ujian utk mengangkat darjat kemuliaan hamba² yang dikasihiNya. Semoga kita semua tetap berada dan berjuang di jalanNya yang lurus, yang menjanjikan kebahagiaan dunia akhirat. Ingatlah yang perjuangan masih panjang. Kemenangan yang sebenar hanyalah apabila kita berjaya memasuki syurgaNya di bawah keredhaanNya. Subhanallah. Allahamdulillah. Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar.

InsyaAllah jumpa lagi. Wassalam warahmatullah.