Sunday, July 10, 2005

Apa yang hendak difikirkan?

Assalamualaikum warahmatullah hi taa'la wabarakatuh. Alhamdulillah, dah agak lame tak update blog ni, sbb cam sentiasa bz je sekarang ni..Alhamdulillah. Camner pun tergerak gak untuk update blog ni, lepas terbace posting kat blog sahabat saye (mudin001.blogspot.com), tentang berfikir. Actually dah lame nak tulis tp selalu terlupe.

“Orang yang mengingati Allah ketika berdiri dan duduk ketika berbaring dan mereka memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (mereka mengatakan): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, peliharalah kami daripada seksa neraka. (Ali-Imran, 191)

Allah menyuruh umat Islam berfikir. Namun sayang sekali kalau kita lihat sekeliling kita sekarang ni, especially orang melayu, ramai yang malas berfikir. Fenomena hedonisme yang melanda Malaysia, termasuk Akademi Fantasi dan yg sewaktu dengannya jelas merosakkan tahap pemikiran, IQ (Intelligence Quotient) dan EQ (Emotional Quotient). Ramai, amat ramai sekali bangsa melayu sekarang yang malas berfikir. Semuanya sibuk dengan hiburan. Lihatlah bahan² bacaan yang menjadi santapan pemuda-pemudi melayu.. kebanyakannya adalah majalah yang menceritakan ttg artis, gossip, kehidupan yg penuh maksiat dan berfoya-foya, komik, dan yang sewaktu dengannya menjadi bacaan amalan bangsa melayu. Amat rendah sekali tahap pemikiran mereka. Amat rendah sekali tahap emosi mereka.

Small minds talk about people, Average minds talk about events, Great minds discuss ideas.

Perbualan kebanyakan masyarakat melayu sekarang hanyalah berkisarkan Akademi Fantasia, artis, dan perkara² yang tidak mendatangkan faedah. Surat khabar hari ni menyatakan yang seorang professor madya memberitahu yang salah seorang peserta Akademi Fantasia boleh dijadikan role-model untuk masyarakat. Minggu lepas sewaktu saya pergi ke UIA PJ utk mendaftarkan adik, surat khabar Kosmo diberi percuma kepada ibu bapa yang berada di sana. Kandungan Kosmo yang serupa sebuah tabloid, yang kandungannya banyak menceritakan tentang artis, gossip dan skandal, dijadikan bahan bacaan pertama untuk bakal-bakal mahasiswa dan mahasiswi sebuah Universiti Islam. Alangkah hinanya pemikiran bakal² pemimpin masa depan negara, sekiranya bahan² seperti ini yang dijadikan santapan minda dan rohani mereka. Ramai yang mengalirkan air mata apabila peserta Akademi Fantasia diundi keluar, berpelukan lelaki perempuan seolah-olah itulah cara hidup bangsa melayu Islam. Tidak hairanlah ramai pemuda berbangsa melayu yang menjadi 'doktor injek sendiri', mat rempit, dan pembunuh dan penyamun. Akal mereka telah ditindas dengan seteruk-teruknya oleh diri sendiri, tahap emosi mereka telah di 'grade down' kan oleh perbuatan diri sendiri.. lantaran inilah yang dimahukan oleh musuh² Islam, yakni puak Nasrani dan Yahudi. Namun masih ramai bangsa melayu yang tidak sedar akan hakikat ini, atau pilih untuk tidak sedar, lantaran kerana malas untuk berfikir apakah cara penyelesaiannya untuk menghadapi semua ini. Mereka lebih suka dijadikan seperti kerbau yang dicucuk hidung, mengikut arus yang merosakkan mereka, yang menjanjikan untuk mereka kenistaan kehidupan dunia dan akhirat.

Rasulullah SAW pernah menceritakan mengikut apa yang tersebut di dalam kitab Nabi Ibrahim AS yang bermaksud:
“Sewajarnya setiap yang berakal, selagi akal fikirannya tidak hilang, membahagikan masanya kepada empat waktu iaitu:
  • waktu untuk dia bermunajat (berzikir dan berdoa) kepada Allah;
  • waktu untuk dia bermuhasabah tentang dirinya;
  • waktu untuk dia berfikir tentang ciptaan-ciptaan Allah; dan
  • waktu untuk dia menumpukan kepada keperluannya seperti mencari makanan dan minuman.”
Suka saya hendak berkongi petikan dari satu artikel dari majalah sains barat, yang menyebutkan otak kita terdiri dari berjuta-juta sel, dan saat demi saat, sel-sel ini akan mati sesuai dengan peningkatan umur. Sel-sel otak inilah yang membantu kita berfikir. Dan satu-satunya cara untuk meng'generate' balik sel-sel otak yang telah mati ini adalah dengan mengaktifkan aktiviti sel-sel otak kita, iaitu dgn membanyakkan berfikir. Tidak hairanlah jika ramai pemuda-pemuda melayu yang makin rosak akhlak dan pemikirannya, apabila masa muda mereka disajikan dengan perkara-perkara yang sememangnya tidak membantu untuk membina sel2 otak mereka, malah mungkin lebih cepat menghancurkannya. Tidak hairanlah juga mengapa mereka boleh memilih manusia-manusia yang korup untuk memimpin mereka.

wallahualam. wassalam warahmatullah

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

A'kum Imin. Nice blogsite you got here man. Beautiful mind? Indeed it is beautiful. ;) Tapi I think my random sky shots in my fotopages pun beautiful gak. :P

Anyway, good luck with your working life. Unfortunately, me & Corie are still stuck here in MMU. Tunggu lagi 2 semesters nanti insyallah we'll join you working guys. :D

Keep updating always. :)

2:20 AM  

Post a Comment

<< Home