Friday, September 03, 2004

Assalamualaikum warahmatullah

Court frees Anwar! Sep 2, 04 9:01am
In a 2-1 decision, the country’s highest court today set former deputy prime minister Anwar Ibrahim free after quashing his sodomy conviction. Also freed was his adopted brother Sukma Darmawan Sasmitaat Madja who had been convicted of the same offence. www.malaysiakini.com

Alhamdulillah. Allahuakbar. Hanya tu yg dpt sayer ucapkan sewaktu mendengar berita ttg pembebasan Saudara Anwar Ibrahim, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia semalam. Sampai hari ni macam tak percaya lagi, seolah-olah satu mimpi. Mimpi yg tak mungkin dapat dimimpikan melainkan tidak kerana rahmat dari Allah Yang Maha Berkuasa dan Maha Penyayang. First time sayer terdengar ttg berita tu, terkejut tak terkata. Cuma dpt melafazkan kalimah Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Betapa bersyukurnya kepada Allah; pembebasan bekas Timbalan Perdana Menteri itu merupakan satu kemenangan yang amat berharga kepada sistem keadilan di Malaysia.

Sayer rase tak perlu sayer huraikan lagi ttg pembebasan Saudara Anwar Ibrahim, seorang bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, seorang suami dan seorang ayah itu. Jika rakyat Malaysia merasakan amat gembira di atas pembebasan beliau, apatah lagi anak dan isterinya. Jika penyokong-penyokongnya mengalirkan air mata kegembiraan, tentu tidak terucap kegembiraan anak isterinya di atas keputusan semalam setelah hampir 6 tahun ayah/suami mereka dirampas dari hidup mereka.

Hari ni masih tidak terucap lagi betapa gembira dan bersyukurnya di atas keputusan mahkamah semalam. Masih terasa seperti satu mimpi. Betapa beruntungnya sahabat² seperjuangan yang bersama² menunggu di mahkamah semalam. Gambar² media menunjukkan ramai dari mereka yang berpeluk-pelukan dan menangis keharuan dengan keputusan semalam. Laungan Allahuakbar dan selawat kepada Baginda Muhammad s.a.w. merupakan tanda bersyukur kepada Pencipta Yang Maha Agung yang menjanjikan kemenangan kepada mereka yang berjuang di JalanNya. Saham yg melonjak naik juga merupakan petanda yang insyaAllah, satu perubahan yang baik untuk Malaysia.

Sayer sebagai seorang rakyat Malaysia biasa sebelum ini juga telah putus asa dari sebarang keputusan mahkamah; masih teringat lagi sehari sebelum semalam, sewaktu diberitahu yg keesokannya adalah peluang terakhir untuk Saudara Anwar Ibrahim di dalam proses kehakiman, sayer hanya mampu berdoa agar Allah memberikan yg terbaik untuk beliau dunia dan akhirat. Semoga beliau tabah dengan ujian dari Allah; setiap ujian dari Allah adalah merupakan tanda sayang Allah kepada hambaNya.


Sayer terus melakukan sujud syukur dan solat sunat syukur di atas rahmat dari Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang setelah mendengar berita semalam. Alhamdulillah. Keputusan semalam itu adalah sesuatu yang amat mengejutkan, bukan kerana mempercayai yang saudara Anwar terlibat dengan tuduhan yang dilemparkan, tetapi amat terkejut apabila mahkamah membuat keputusan yang menyebelahi anwar, yang di mana kebanyakan rakyat Malaysia telah hilang kepercayaan terhadap sistem perundangan di Malaysia sebelum ini. Dalam bahasa yg mudah, Anyone who are able to think would never find Anwar Ibrahim quilty as previously convicted.

Tahniah kepada mereka² yg terus bersama menempuh ranjau yang berduri bersama saudara Anwar Ibrahim; tahniah kepada keluarga beliau yang tabah menghadapi segala ujian daripada Tuhan; tahniah kepada rakyat Malaysia yang terus berdoa utk Malaysia yang lebih baik; tahniah kepada pejuang² Islam yang tetap di atas landasan kebenaran yang mengharapkan kemenangan hanya daripada Allah Taa'la. Tahniah. Tahniah. Tahniah. Alhamdulillah.

Marilah kita semua berdoa semoga insyaAllah, saudara Anwar Ibrahim selamat menjalankan pemeriksaan kesihatannya di Jerman dan semoga Malaysia menjadi tempat yang lebih baik. Anggaplah ini semua sebagai rahmat dari Tuhan Yang Maha Pemurah dan ujian utk mengangkat darjat kemuliaan hamba² yang dikasihiNya. Semoga kita semua tetap berada dan berjuang di jalanNya yang lurus, yang menjanjikan kebahagiaan dunia akhirat. Ingatlah yang perjuangan masih panjang. Kemenangan yang sebenar hanyalah apabila kita berjaya memasuki syurgaNya di bawah keredhaanNya. Subhanallah. Allahamdulillah. Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar.

InsyaAllah jumpa lagi. Wassalam warahmatullah.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home