Renungan: Titik hitam di hati setiap kali lakukan dosa
APABILA mata rosak, ia boleh menyebabkan buta. Apabila hati rosak kerana terlalu banyak buat dosa, ia juga boleh menjadi gelap dan buta.
Diriwayatkan, seorang ahli sufi dan ulama terkenal selepas zaman Rasulullah, Maimun bin Mahrar, ada berkata: "Apabila seseorang melakukan dosa, tercalit di dalam hatinya satu bintik hitam. Apabila ia berhenti dan bertaubat, hatinya akan kembali berkilat, tetapi jika kembali melakukan dosa, bertambahlah bintik hitam hingga menutup ruang hatinya.
"Apabila dosa terlalu banyak, maka tertutuplah pintu hati dan seterusnya, hati menjadi buta untuk mendapatkan hak dan kebenaran agama. Mereka akan menganggap ringan dan mudah akan urusan akhirat dan menganggap besar dan penting akan urusan dunia hingga fokus tertumpu pada urusan dunia saja.
"Apabila telinga mendengar ketukan urusan akhirat dan segala bahayanya, ketukan itu akan masuk ke telinga sebelah, tetapi tidak menyerap ke dalam hati untuk sedar dan bertaubat."
Begitulah kedudukan segumpal hati di dalam badan. Bagi orang mukmin sejati, di dalam hatinya ada lampu bersinar, tetapi mereka yang lebih mementingkan nafsu dan keduniaan, hati menjadi gelap dan buta.
Selain menjaga pancaindera seperti mulut, mata dan telinga, menjaga hati perlu diberi keutamaan. Jika boleh, elak daripada mengguris dan melukakan hati orang lain, sama ada menerusi perbuatan, percakapan mau pun tulisan.
sumber: http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Agama/20041205093108/Article/
0 Comments:
Post a Comment
<< Home