Tuesday, August 31, 2004

Warkah buat pemuda² Islam...

Assalamualaikum warahmatullah...

Tercatat sudah dalam sejarah
Tujuh pemuda yang beriman
Melarikan diri ke dalam gua
Demi menyelamatkan iman

Disangka tidur hanya sehari
Rupanya 309 tahun
Zaman bertukar beberapa kurun
Di bumi bersejarah Undhun

Begitulah kuasa Ilahi
Kepada ashabhul kahfi
Tiada mustahil di dunia ini
Jika kita beriman dan bertakwa

Tercatat sudah dalam sejarah
Tujuh pemuda yang beriman
Tulang belulang berserakan
Tulang dari binatang tunggangan
Juga anjing yang dinjanjikan syurga
Fitnir yang mulia

Raihan - Ashabul Kahfi

InsyaAllah, byk yg kiter sumer leh amik iktibar dari kisah Ashabul Kahfi ini. Surah al-Kahfi iaitu surah ke 18, dan ayat 9 hingga 26 menceritakan kisah tentang beberape orang pemuda yang melarikan diri ke dalam gua (kahfi bermaksud gua) demi utk menyelamatkan iman mereka.

Cuba kite reflek ngan kehidupan dan suasana sekeliling kiter sekarang; perbezaan ketara antara pemuda² pilihan yg kisah mereka dicatatkan dalam Al-Qur'an, dgn pemuda² yg bergelar pemuda Islam sekarang. Pemuda² Ashabul Kahfi sanggup melarikan diri ke dalam gua demi utk menyelamatkan aqidah mereka; pemuda² Islam sekarang sanggup mengalirkan air mata apabila melihat artis² pujaan mereka gagal dlm 'perjuangan' mereka di arena hiburan.

Mereka yang menentang hiburan² seperti Akademi Fantasia dan Sure Heboh dianggap sebagai Extremist. Mereka yg mempertahankannya menganggap diri mereka sebagai Islam moderate. Pada hakikatnya tiada Islam Moderate, tiada Islam Extremist; yang ada hanya satu Islam sahaja, iaitu Islam yg berlandaskan Al-Qur'an dan As-Sunnah. Jika hiburan seperti Akademi Fantasia dan Sure Heboh itu benar dari kaca mata Al-Qur'an dan As-Sunnah, maka teruskanlah. Tetapi jika hiburan² seperti ini adalah bercanggah dgn apa yg dinyatakan dlm Al-Qur'an dan As-Sunnah, seelok-eloknya berhentilah dari menyaji kehidupan kita dengan benda² yg tidak diredhai Allah. Jika kita masih tidak sedar akan hakikat ini, tunggulah sehingga Allah datangkan keputusanNya. Sedarlah, yang kita ni hanyalah sekadar hambaNya. Kalau bukan keredhaan Allah yg kita cari, tidak bermakna kita hidup di dunia ini.

"Dan jika kamu berpaling nescaya Dia akan menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain dan mereka tidak akan seperti kamu." (Surah Muhammad, 47: 38)

Mungkin ini yg seperti Rasul kita Muhammad s.a.w. pernah berkata, yang umat Islam di akhir zaman ini amat ramai bilangannya, namun keadaan umat ini tak ubah seperti buih² di lautan.

InsyaAllah, sebagai peringatan buat kiter sumer, especially diri sayer sendiri.
Wallahualam. InsyaAllah jumpa lagi. Wassalam warahmatullah.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home